Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,andai diri tak sehebat SULAIMAN.Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF jika kasih tak setulus ZULAIKHA.Tak perlu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat SITI HAJAR.Mengapa dambakan teman hidup bak SITI KHADIJAH kalau diri tak sesempurna RASULULLAH.Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.

Laungan Azan Tanpa Henti

Friday, November 06, 2009

Tudung: Kejap Ada, Kejap Tak Ada

~Bismillahirrahmanirrahim~
~Salam alaik~
(Topik menarik daripada rakan Blogger)
orang kata, perempuan itu cantik.
pada saya, semua orang cantik.
orang kata, kalau rambut straighten tu cantik.
pada saya, semua jenis rambut cantik.
ini persepsi saya.
saya sekadar meluahkannya.
hurm, peliklah.
saya tahu, semua orang tahu, apa yang mereka patut tahu.
saya tahu, semua orang tahu, pakai tudung itu perlu.
saya tahu.
tapi, apa yang saya lihat, kebanyakan orang pura-pura tidak tahu.
secalit peringatan,
bertudung itu wajib sahabatku
bukan sunah atau ikut sukamu.
tetapi itu kehendak Allah, Tuhan Yang Maha Satu.
mungkin ada di antara kita yang tidak kisah dan anggap ini perkara remeh dan tak perlu diambil sangat.
relax sudah, beb.
pada saya, tidak sahabatku.
ini bukan perkara remeh
ada balasan buat orang yang tidak pakai tudung di akhirat kelak
tidak risaukah kamu?...
maybe ada di antara kita mengatakan
"aku memang da terbiasa ar tak pakai tudung kalau nak pegi shopping complex. kat kolej, aku pakai je"
"ala, aku letak gmbr jer. tp, kat luar aku still pakai tudung"
"aku nak pakai baju ketat-ketat and stylo. So, cam tak kene ar kalau aku pakai tudung dengan baju tu"
hurm, tapikan
pernah tak anda terfikir
kenapa kamu pakai tudung sebenarnya??
ikhlaskah kamu bertudung??
cuba tanya soalan tu pada diri sendiri.
apa jawapannya??
pada saya,
pakai tudung tu bukan kerana adat sahabatku
tapi,
pakai tudung kerana kita orang islam yang mengaku Allah itu Tuhan kita
Yang Satu, Yang sentiasa memerhatikan setiap peri laku kita dan
mengetahui bila waktu ajal kita akan tiba.

jika benar kita mengaku kita ni orang islam, orang yang mengakui keesaan Allah Yang Maha Esa,
kita pasti tidak akan hesitate untuk melaksanakan segala perintahNya..
kita tidak akan hesitate langsung.kamu rela.
betul kan?
jika pernah terdetik dalam hati kita rasa hesitate untuk amalkan ajaran-ajaran islam terutamanya perintahNya untuk pakai tudung,
cuba tanya pada diri,
sejauh mana kita yakin Allah Maha melihat apa jua perkara yang kita lakukan??
cuba bayangkan
Allah cipta kita
Dia 'programkan' kita untuk mematuhi segala perintahNya
tapi, kita menolak dan berjalan di atas bumi dengan mengabaikan suruhan Tuhan yang mencipta kita..
tak ker nampak macam sombong cara itu..
saya tak kata kamu sombong
tapi, kadang-kadang, perbuatan kita menunjukkan kita ni sombong padaNya
kenapa?
kita rasa, kemahuan kita itu lebih utama dan lebih hebat untuk dituruti dari kemahuan Allah yang mahukan kamu bertudung.
saya hanyalah pemberi peringatan
saya bukanlah pemberi hidayah

apa-apapun,
janganlah diharap tunggu datang seru baru kamu mahu balut kepalamu itu
tidak takutkah kamu jika kamu tak sempat menarik kain menutup kepala
lalu mati begitu sahaja
dan akhirnya ditanya dihadapanNya
kenapa tidak mahu menuruti perintahNya untuk bertudung?
apa jawapan yang kau dah sediakan untuk bertemu saat itu?
fikir-fikir, renung-renungkan kembali sahabatku
jadilah wanita solehah yang hanya memperlihatkan rambut indahmu buat yang layak melihatnya sahaja
bukan untuk semua, jika untuk semua
kita akan jadi insan biasa
bukan lagi insan yang istimewa dan penuh rahsia

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,
dan perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab ayat 59:)
Saya memohon maaf kepada pihak
yang tersinggung dengan topik ini

Insyaallah kita semua sama2 saling
ingat-mengingati demi menjaga iman
Wallahualam

Thursday, November 05, 2009

Kejar Agama, atau Medic semata-mata?!

~Salam alaik~

~Ana mahu mengajak rakan2 yang berada di Mansurah~
~Untuk sama2 mengikuti Kelas Pengajaran Agama~
~Yang bertempat di Bait Bujang Senang~

"Apalah salahnya kita gunakan waktu
kita demi mempelajari Agama Allah.

Seimbangkan diri kita dengan Dunia & Akhirat.
Tetapi, Akhirat sahaja yang kekal abadi"


Friday, October 30, 2009

Tom Yam, Oh...Tom Yam

Bismillahhirrahmanirrahim..

Hari ni,(jumaat) cuti..so..tak ada kelas..
Jam dah tunjukkan pkul 9..
Periuk dan kuali tak berusik lagi..
Perut dah mula meragam..
Jadi,ana tanpa segan silunya memasak TOM YAM..
Yang jadi isunya,DAGING yg digunakan..DAGING BURGER!



Pada masa ni,terkenang kat masakan IBU BAPA ana yg tercinta..
Ana teringat potongan ayat dlm Surah Al-Ahqaaf,ayat 15..
Yang bermaksud;


"Kami perintahkan kepada manusia supaya
berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya,"


---Ya Allah, kasihanilah ibu bapaku sepertimana
mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil
---

Amin

Tuesday, October 27, 2009

Penuntut Baru Di Mesir..



Dengan segala kesedaran, ana bersyukur selamat menjejaki Bumi Anbiya, Mesir.


Dengan segala kelemahan, ana tekad utk menamatkan pengajian perubatan di Universiti Mansurah ni.

Dengan segala pengharapan, ana selitkan sikit gmbr kat sini.

Makanan Mesir pertama yang dicuba

Kesesakan jalan dijadikan amalan

Sekadar melihat Sungai Nil

Tinggalan piramid zaman firaun

Rumah di tingkat 5

Jalan berpasir

Tokmiyah (mcm kuih) makan dengan roti irsh

Nasi Susu--serius sedap

Mase hujan memang best

Berselirat wayar internet--Pak Arab yg pasang

Jumaat (cuti)---kuliyah perubatan lengang


Sunday, October 18, 2009

10 Jenis Muslim Yang Kejam

Sufyan Athsauri berkata:

1. -Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anak dan kaum mukmin.

2. -Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. - Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat dua rakaat (Solat Sunat Tahayyatul Masjid).

4. - Seorang yang berjalan berhampiran kawasan perkuburan Islam kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. - Seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat berjemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi seorang alim, tetapi tidak mahu timba ilmu daripadanya.

7. - Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak bertanyakan kawannya itu.

8. - Seorang diundang ke jamuan tiba-tiba dia tidak hadirkan diri.

9. - Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. -Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi dia tidak diberikan makanannya itu.

Pegang Api Masa Teringat ZINA!

Firman Allah dalam Surah Al-Israak, ayat 32, yang bermaksud:


“Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.”


Ada seorang soleh yang sentiasa jaga diri daripada maksiat, sampaikan pada satu malam terlintas di hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan kecantikannya!


Kebetulan pula masa itu, dia mempunyai sebuah pelita yang baru dinyalakan untuk menerangi rumahnya. Maka dia terus menajamkan pandangannya pada api yang sedang menyala pada sumbu pelita tadi.


Selepas itu, dia berbisik sendiri,Engkau (nafsu) mengajakku melakukan zina dengan wanita tadi? Baiklah! Aku akan letakkan jariku atas sumbu pelita yang menyala ini, kiranya ia tahan panas, aku akan turutkan kemahuan engkau (nafsu) itu!”


Maka dia meletakkan jarinya pada sumbu menyala tadi. Dan dia cuba menahan dirinya daripada kepanasan api itu, namun akhirnya dia mengalah kerana tidak tahan dengan kepanasan itu!


Dia pun berteriak,”Wahai jiwa,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan! Ini baru kepanasan api dunia engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh Allah s.w.t. dengan air sebanyak 70 kali ganda supaya manusia boleh bertentangan dengannya!”


“Kalau dengan api dunia engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk hadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat!


Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang terkutuk tadi. Sejak daripada itu, dia tidak lagi diganggu lintasan terkutuk seperti itu.

Thursday, September 10, 2009

Bermulalah Pengejaran Lailatul Qadar

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan."

Saidatina Aisyah r.a juga berkata :

"Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut."

Memang ade hadith meyatakan bahawa malam lailatul qadar jatuh pada malm2 ganjil~

Kita pun bertanya, makneny malam2 genap kite tidak perlu beribadah la..??

TAPI INGAT!
Kite x boleh buat ibadah pd mlm2 gnjil shja kalau nk cri mlm lailatul qadar~
Kite beribadah ikhlas kerana Allah semata-mata tanpa mgharap balasan drpd-Nya~
Jadi, kite beribadah bukan semata-mata ingin mencari malm lailatul qadar tetapi untuk mencari keredhaan-Nya~

~InsyaAllah kita akan jumpa mlm tersbut jika diikhlaskan niat kerana Ilahi~